Facebook Halaman Peminat(Fan Page)

Wednesday 7 September 2011

TIP PEMILIHAN PERFUME





















Ada beribu jenis haruman perfume dengan harga yang paling rendah sehingga ribuan ringgit untuk sebotol perfume.

Bagaimana untuk mengetahui perfume itu sesuai dengan diri anda…agak sukar juga sebenarnya…kerana faktor bau badan semula jadi juga memainkan peranan…

Antaranya yang harus di ketahui ialah sebelum membeli perfume, kena pastikan dahulu apa citarasa anda terhadap perfume.

Adakah anda sukakan bau yang lembut, bau yang kuat atau bau ’sporty’.

Lihat di keterangan mengenai perfume tersebut, pilih samaada inginkan yang bau bunga-bungaan, bau buah-buahan, bau alam dan sebagainya.
Untuk mendapatkan bau yang lembut dan semulajadi pilih perfume yang mengandungi undur rose atau lavender.


Untuk mendapatkan bau yang agak ’sporty’ pilih campuran yang mengandungi citrus atau bergamot

Selain itu bau semulajadi badan juga memainkan peranan samada wangian itu sesuai atau tidak.

Jika wangian yang anda pilih itu mempunyai bau yang kuat, semburkan sedikit sahaja untuk mendapatkan bau semulajadi.

No comments:

Post a Comment