Facebook Halaman Peminat(Fan Page)

Monday 9 April 2012

Adakah Coli Anda Tidak Sesuai?

Kesan Dari Memakai Coli Yang Tidak Sesuai :
  • Coli terangkat di bahagian belakang.
  • Tanda merah dan kesan tali ketat.
  • Payudara terkeluar dari coli atau terbonjol sedikit di ketiak.
Jika anda sering mengalami kesan berikut, ikuti langkah-langkah seterusnya untuk membantu anda mendapatkan saiz coli yang sesuai :
Langkah 1
  1. Pakai coli semasa mengukur.
  2. Ukur di sekeliling bawah payudara :
  • Jika anda mendapat nombor genap,tambah 4 inci.
  • Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.
Sebagai Contoh : Jika ukuran anda adalah 31", anda perlu tambah 5 inci dan saiz sebenar coli anda ialah 36".
Langkah 2
  • Ukur di sekeliling bahagian terdapat payudara.
  • Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda.
  • Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah 'A'
  • Jika perbezaannya 1 inci , bermakna saiz cup anda adalah 'B'
  • Jika perbezaannya 2 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'C'
  • Jika perbezaannya 3 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'D'
  • Jika perbezaannya 4 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'E'