Facebook Halaman Peminat(Fan Page)

Wednesday 12 September 2012

[Gincu+mana.jpg]

Avon True Luminous Radiance+

DiReka Khas untuk Kulit Wanita Asia...



Solekan Yang Menjadikan Kulit Sihat dan Berseri Dari Dalam...

Pernahkah anda impikan solekan asas yang bukan sekadar mengemas permukaan wajah, malah menyerikan kulit secara berterusan sekaligus?

Kini anda boleh mendapat kesempurnaan berseri dengan Kompleks Keserian Beradun Vitamin C melalui rangkaian solekan True Luminous Radiance+

t

Tips Solekan Selebriti Bersama Zulfazli...

1. Tekap, Bukan Sapu / Gosok
Bila menggunakan cecair asas atau bedak asas, gunakan span untuk menekap cecair / bedak tersebut ke wajah. Jangan gosokkannya ke wajah. Tekapan memastikan liputan yang rata dan kelihatan lebih semulajadi.

2. 'Shading'
Untuk memancungkan hidung, sapukan bedak asas yang lebih cerah dari bedak asas wajah anda di atas batang hidung. Liputinya dengan bedak asas biasa anda. Bahagian tepi hidung akan kelihatan seperti berbayang, menampakkannya lebih mancung!

KENALI JENIS KULIT ANDA


Berapa kerap anda menukar produk pencuci muka? Adakah anda selalu memilih produk kecantikan yang salah berasaskan kepada jenis kulit muka?
Ramai golongan remaja selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli-belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang mampu memberi kesan mujarab.
Lebih-lebih lagi apabila komen seorang jurujual terhadap jenis kulit yang dimiliki berbeza dengan jurujual yang lain. Sebenarnya, kebanyakan daripada petugas produk kecantikan hanya menitikberatkan jualan barangan daripada meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit.

Jenis kulit muka dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma.
Kulit muka boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu, kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Justeru, perlu diingat bahawa jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan.
Oleh itu, haruslah ingat bahawa jenis kulit anda pada masa sekarang tidak semestinya sama lima tahun lalu atau lima tahun yang akan datang. Anda perlu melakukan pemeriksaan kulit dari semasa ke semasa.


Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.


Kulit kering

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.


Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.

Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.



Kulit kombinasi

Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.

Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.

Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

Monday 9 April 2012

Adakah Coli Anda Tidak Sesuai?

Kesan Dari Memakai Coli Yang Tidak Sesuai :
  • Coli terangkat di bahagian belakang.
  • Tanda merah dan kesan tali ketat.
  • Payudara terkeluar dari coli atau terbonjol sedikit di ketiak.
Jika anda sering mengalami kesan berikut, ikuti langkah-langkah seterusnya untuk membantu anda mendapatkan saiz coli yang sesuai :
Langkah 1
  1. Pakai coli semasa mengukur.
  2. Ukur di sekeliling bawah payudara :
  • Jika anda mendapat nombor genap,tambah 4 inci.
  • Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.
Sebagai Contoh : Jika ukuran anda adalah 31", anda perlu tambah 5 inci dan saiz sebenar coli anda ialah 36".
Langkah 2
  • Ukur di sekeliling bahagian terdapat payudara.
  • Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda.
  • Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah 'A'
  • Jika perbezaannya 1 inci , bermakna saiz cup anda adalah 'B'
  • Jika perbezaannya 2 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'C'
  • Jika perbezaannya 3 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'D'
  • Jika perbezaannya 4 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'E'

Sunday 11 September 2011

TEKNIK SOLEKAN MATA 'SMOKEY EYES'



Kunci untuk mendapatkan smokey eyes yang dapat menonjolkan mata Anda adalah pencampuran warna. Campuran warna yang sesuai dengan takaran yang tepat akan membuat mata Anda terlihat menonjol dan seksi. Untuk itu sering-seringlah bereksperimen dengan eyeshadow dan eyeliner untuk mendapatkan warna yang pas bagi mata Anda.

Untuk mendapatkan kesan smokey eyes, perlengkapan yang harus Anda siapkan adalah :
1. Eyeshadow base/warna kulit
2. Eyeshadow warna gelap dan terang  
3. Eyeliner
4. Maskara
5. Make up brush
6. Penyepit bulu mata

Langkah 1: Persiapkan kelopak mata
Bersihkan kelopak mata Anda dengan kapas, lalu oleskan eyeshadow base. Hal itu untuk mengurangi kandungan minyak dan menjaga warna eyeshadow tidak terlihat berantakan.

Langkah 2: Gunakan eyeliner
Pakai warna eyeliner yang gelap, seperti hitam, kelabu, atau coklat. Pakailah dengan lembut pada garis mata Anda. Tipiskan garis pada bagian tengah garis mata. Hati-hati dalam menggunakan eyeliner. Jangan sampai terlalu tebal, kerana mata Anda akan terlihat seram.
006
Langkah 3: Buat garis pada pelupuk bawah mata
Gunakan eyeliner pada garis pelupuk mata bagian bawah. Berikan eyeliner yang lebih tipis untuk membuat garis mata. Pemakaian eyeliner ini sangat penting karena dasar dari smokey eyes. Hal yang terpenting adalah garis mata Anda terlihat jelas dan tegas.

Langkah 4: Beri warna dasar pada kelopak
Berilah warna dasar yang lebih terang pada kelopak mata hingga tulang alis. Lebih baik menggunakan eyeshadow bentuk krim.

Langkah 5: Campurkan warna
Untuk memberi warna pada kelopak mata pilihlah warna gelap. Gunakan make up brush untuk meratakan eyeshadow. Campurkan eyeshadow warna terang dan gelap hingga warnanya merata, serta eyeliner tertutup rapi.

Langkah 6: Cek kembali riasan
Lihat kembali warna pada kelopak mata. Pastikan warna sudah tercampur dengan merata.Jika terlihat kotor bersihkan dengan cotton bud, tutup kembali dengan eyeshadow atau bedak sampai terlihat rapi.

Langkah 7: Gunakan maskara
Sepit bulu mata Anda hingga terlihat lentik. Lalu, gunakan maskara yang membuat mata Anda lebih bervolume. Setelah itu sepit kembali agar bulu mata Anda semakin lentik.

Wednesday 7 September 2011

TIP PEMILIHAN PERFUME





















Ada beribu jenis haruman perfume dengan harga yang paling rendah sehingga ribuan ringgit untuk sebotol perfume.

Bagaimana untuk mengetahui perfume itu sesuai dengan diri anda…agak sukar juga sebenarnya…kerana faktor bau badan semula jadi juga memainkan peranan…

Antaranya yang harus di ketahui ialah sebelum membeli perfume, kena pastikan dahulu apa citarasa anda terhadap perfume.

Adakah anda sukakan bau yang lembut, bau yang kuat atau bau ’sporty’.

Lihat di keterangan mengenai perfume tersebut, pilih samaada inginkan yang bau bunga-bungaan, bau buah-buahan, bau alam dan sebagainya.
Untuk mendapatkan bau yang lembut dan semulajadi pilih perfume yang mengandungi undur rose atau lavender.


Untuk mendapatkan bau yang agak ’sporty’ pilih campuran yang mengandungi citrus atau bergamot

Selain itu bau semulajadi badan juga memainkan peranan samada wangian itu sesuai atau tidak.

Jika wangian yang anda pilih itu mempunyai bau yang kuat, semburkan sedikit sahaja untuk mendapatkan bau semulajadi.

Tuesday 6 September 2011

AKSESORI AVON




                                                                                                            
TIPS PILIHAN AKSESORI DYNAS
Setiap barangan AVON FASHION paling menyerlah bila digayakan.
Jadi melaburlah pada set aksesori yang anda akan pakai.Gayakan pada 
kawan-kawan dan mereka pasti berubah menjandi pelanggan anda!
Anda pasti akan berbangga memakai,berkongsi dan menjual AVON FASHION!
Tak kira apa bentuk tubuh anda ,aksesori pasti boleh menyerlah anda.
  • Bagi wanita bertubuh besar ,gayakan rantai panjang.Ia memberi ilusi ketinggian jadi anda nampak lebih kurus
  • Bagi wanita yang rendah ,gayakan subang panjang agar ia memberi ilusi yang anda lebih tinggi.
  • cincin berbentuk oval atau bulat cantik dipakai untuk semua bentuk jari.walau bagaimanapun anda akan tetap kelihatan cantik dengan pemilihan cincin yang bersesuaian dengan jari anda.
  • Aksesori paling versatil?Brooch & Pin! selain memakainya dengan tudung atau baju kurung,anda boleh menggayakannya sebagai loket,letakkan di bag,pinkan di rambut mahupun sebagai pin lapel.